Khamis, 21 November 2013

Mukaddimah


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,

Segala puji hanya bagi Allah kerana atas izin dariNya, tertubuhlah Sekolah Rendah Islam Dar Al Huffaz (SRIDAH) ini.

SRIDAH ditubuhkan pada Januari 2013 dan bertempat di Masjid Datuk Pengiran Galpam, Batu 7, Sandakan. Penubuhan sekolah ini adalah hasil inisiatif para pendakwah dan ahli akademik yang melihat bahawa pendidikan akademik perlu selari dengan pendidikan agama khususnya di bumi Sandakan yang masih kekurangan dari sudut pendidikan agama yang bersepadu.

Pengambilan pelajar untuk generasi pertama SRIDAH adalah seramai 12 orang dan dibimbing oleh 3 orang guru yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari universiti tempatan juga antarabangsa. Para pelajar yang menuntut sepenuh masa di SRIDAH wajib untuk mempelajari 3 program utama iaitu Pengajian Al-quran, Pengajian Islam, dan Pengajian Akademik. Pengajian Al-quran meliputi kemahiran membaca Al-quran dan juga hafazan. Skop bagi Pengajian Islam pula meliputi pembelajaran asas-asas agama sesuai dengan kemampuan kanak-kanak iaitu Tauhid, Feqah, Akhlak dan Bahasa Arab. Bagi Pengajian Akademik, SRIDAH memfokuskan kepada subjek-subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains.

InsyaAllah, pada tahun 2014, SRIDAH akan berpindah ke bangunan baru di Bandar Labuk Jaya, juga bersebelahan dengan Masjid Datuk Pengiran Galpam. Marilah sama-sama kita doakan agar usaha SRIDAH untuk melahirkan generasi Al-quran yang professional ini berhasil. Aamiin.

0 Komen:

Catat Ulasan