Sabtu, 23 November 2013

Aktiviti Pelajar : Solat Dhuha

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.





Pada waktu pagi, pelajar-pelajar SRIDAH akan menunaikan solat sunat Dhuha secara berjemaah. Mereka akan dibimbing oleh para ustaz dan ustazah bagi membetulkan cara solat secara peringkat demi peringkat sambil beramal dengan amalan kebiasaan nabi Muhammad saw ini.

Disamping itu,pelajar juga dilatih untuk menjadi imam solat yang mana ianya akan mencorakkan sifat kepimpinan dalam diri para pelajar. Setelah solat, para pelajar akan berwirid kemudian membaca doa selepas solat dhuha.

Wallahu a'lam.

"Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunan kami. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonan kami."


0 Komen:

Catat Ulasan