Khamis, 3 November 2016

Struktur Kurikulum

Secara amnya, program pengajian SRIDAH mencakupi 3 teras utama iaitu Al-quran, Pengajian Agama, dan Akademik.




Untuk Program Al-Quran, masa yang diperuntukkan adalah selama 17 jam 30 minit dalam seminggu. Program ini melibatkan kemahiran membaca mengikut tajwid yang betul dan juga penghafalan. Sasaran untuk pelajar tahun 1 untuk tahfiz alquran ialah sehingga 2 juzu'.

Program pengajian agama pula melibatkan pengajian tauhid, akhlak, feqah, sirah, jawi, khat, ima', hadits, tafsir al-quran, dan bahasa arab. Dalam menjayakan program ini, SRIDAH menggunakan silibus Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah dalam pembelajaran. Tidak sekadar teori, pelajar juga akan ditekankan dalam pengamalan atau praktikal terutama dalam aspek akhlak dan adab.

Bagi Program Akademik, SRIDAH turut mengajarkan subjek-subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains. Sukatan bagi setiap matapelajaran adalah berdasarkan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

0 Komen:

Catat Ulasan